Selayang Dot My

Wednesday
Mar 10th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Adunan Pemain Senior Dan Muda Taruhan Skuad Kebangsaan Menentang Myanmar

E-mail Print PDF
There are no translations available.

PETALING JAYA, 22 Okt (Bernama) -- Ketika menjuarai Pestabola Merdeka tahun lepas, skuad kebangsaan hanya mempunyai tiga pemain senior untuk membimbing pemain bawah 23 tahun namun situasi itu berbeza tahun ini.

Selain mengekalkan dua tonggak itu iaitu Mohd Shukor Adan dan Norhafiz Zamani Misbah, jurulatih kebangsaan B. Sathianathan turut mempertaruhkan beberapa pemain senior di dalam skuadnya seperti Hairuddin Omar, Irwan Fadzli Idrus, Nizaruddin Yusuf dan Mohd Hardi Jaafar.

"Walaupun saya banyak menggunakan pemain-pemain muda sebelum ini , pemain senior penting memandangkan pengalaman yang mereka miliki terutamanya apabila beraksi di peringkat antarabangsa," kata Sathianathan kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) petang ini.

Sathianathan berkata mereka telah membuktikan yang mereka masih layak untuk mewakili skuad kebangsaan dengan bekerja keras seperti yang ditunjukkan di dalam latihan dan di atas padang.

"Setakat ini semua pemain negara cergas untuk menentang Myanmar pada aksi separuh akhir esok kecuali Mohd Khyril Muhayameen Zambri dan Hairuddin yang demam," katanya.

Namun kita akan memberikan yang terbaik kerana sedar Myanmar merupakan pasukan yang kuat dan mempunyai pemain-pemain yang berpengalaman dengan lima hingga enam tahun mewakili negara mereka, katanya.

"Walaupun tanpa penyerang utama Yan Paing yang digantung kerana kad merah mereka masih mempunyai barisan pemain simpanan yang berkualiti terutamanya Soe Myat Min yang tidak cergas sepenuhnya pada kejohanan ini tahun lepas," katanya.

Tahun lepas, Malaysia berjaya menundukan Myanmar pada perlawanan akhir dengan keputusan 3-1 walaupun tewas pada perlawanan peringkat kumpulan 1-2 kepada juara 2006 itu.

Sathianathan berkata pada perlawanan esok, beliau tidak akan menjangkakan keputusan dengan jaringan besar seperti perlawanan peringkat kumpulan memandangkan reputasi Myanmar yang mengalahkan skuad utama Vietnam pada perlawanan persahabatan bulan lepas.

Beliau juga menyeru agar para peminat dapat memenuhi stadium untuk memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan kerana pada jika dilihat pada saingan peringkat kumpulan, penyokong Myanmar lebih ramai walaupun Malaysia bermain di tempat sendiri.

Sementara itu kapten kebangsaan Mohd Shukor berkata moral semua pemain kini memang berada di tahap yang tinggi dan bertekad untuk mara ke perlawanan akhir.

"Kini semua pemain telah menunjukkan persaingan untuk merebut tempat di dalam kesebelasan utama pada perlawanan malam esok," katanya.

Malaysia menjuarai kumpulan A apabila berjaya mencatatkan tiga kemenangan besar iaitu menewaskan Nepal (4-0), Sierra Leone (4-0) dan Afghanistan (6-0).

Sementara Myanmar pula membuka perlawanan dengan tewas kepada skuad bawah 23 tahun Vietnam 1-3 namun bangkit dua perlawanan berikutnya dengan menewaskan Bangladesh (1-0) dan Mozambique (3-2) untuk muncul naib juara kumpulan B.

Barisan kemungkinan:

Malaysia: Mohd Helmi Eliza Elias, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, Irwan Fadzli Idrus, Mohd Daudso Jamaluddin, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Hardi Jaafar, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Safee Sali.

Myanmar: Aung Oo, Min Thu, Kyaw Khing Win, Moe Win, Khin Maung Lwin, Aung Myo Thant, Zai Htet Aung, Nguyen Duc Thien, Soe Myat Min, Myo Min Tun, Aung Myint Aye.

Jadual separuh akhir Pestabola Merdeka esok:

Vietnam lwn Sierra Leone(5.45pm).

Malaysia lwn Myanmar (8.45pm)

(Kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil).
 

Selayang FM

 

 

Selayang Chat Box

Guests are shown between [].

Only registered users are allowed to post

Latest News

Para Pemimpin Kristian Kecam Kejadian Membakar Surau

PETALING JAYA: Para pemimpin Kristian hari ini mengecam tindakan membakar dua buah surau di Muar dan menyifatkan tindakan tersebut hanya akan menghuru-harakan keadaan lagi.

Read more text
 
PM: Peruntukan RM500,000 bantu gereja Desa Melawati
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api semalam bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.
Read more text
 
Spesis Ulat Membiak Dalam Kepala

KEJADIAN yang berlaku ini biasanya didengar dalam mimpi-mimpi ngeri atau plot bagi filem-filem seram.

Seorang lelaki amat terkejut dan gempar bila mengetahui bahawa benjol-benjol berdarah yang tumbuh di kepalanya bukan berpunca daripada gigitan atau kayap, sebaliknya akibat dihurung ulat-ulat yang hidup membiak.

Read more text
 
Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din
There are no translations available.

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Read more text
 
Ajak ABG Kawin di Facebook
There are no translations available.

Seorang lelaki berusia 40 tahun dipenjara karena menghantar pesanan mengajak untuk menikahi pada gadis berusia 15 tahun di Facebook. Lelaki tersebut itu mengeluarkan kata kata rayuan agar gadis-gadis belia ingin diajak melakukan hubungan seks.
Read more text
 

Search

Banner
Banner
Banner

Live Support!


Powered By: Crafty Syntax

Support 1

Support 2

Support 3

 

 

Top 5:
Malaysia flag 58%Malaysia (11208)
Russian Federation flag 10%Russian Federation (1981)
United Kingdom flag 7%United Kingdom (1348)
United States flag 5%United States (1055)
China flag 2%China (377)
19331 visits from 108 countries

Your Info

IP Address
38.107.191.116
United States United States
Your Time
.
Banner
Banner
Banner
Banner