Selayang Dot My

Friday
Mar 12th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Malaysia Tewaskan Pakistan 4-1 Dalam Perlawanan Persahabatan

E-mail Print PDF
There are no translations available.

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kemenangan 4-1 ke atas Pakistan dalam perlawanan persahabatan malam ini belum cukup memuaskan hati jurulatih kebangsaan B. Sathianathan.

Beliau berkata anak buahnya masih lagi dibelenggu sikap leka kerana mengambil mudah terhadap lawan yang berada pada ranking 168 dunia, lapan mata di belakang Malaysia, dengan banyak melakukan kesilapan sehingga Pakistan mudah mendapat ruang menjaringkan gol.


"Saya kecewa dengan kesilapan seperti itu, kita tak boleh ulangi kesilapan seperti itu dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Sambil mengakui kelemahan yang perlu diatasi, Sathianathan berkata daripada perlawanan itu beliau mendapat gambaran pemain yang layak disenaraikan dalam kesebelasan utama pada Pestabola Merdeka minggu depan dan senarai pemain hanya akan diumumkan Isnin ini.

Dalam perlawanan sesi pemanas badan itu, Pakistan hampir memperolehi jaringan awal menerusi percubaan dalam kotak penalti menerusi kapten Muhammad Eassa seawal minit kelima.

Sepanjang perlawanan, barisan pemain negara tidak mempunyai masalah untuk memasuki kotak penalti lawan menerusi gandingan penyerang Mohd Zaquan Adha Abd Razak dan Mohd Safee Sali yang dibantu ketua pasukan, Mohd Hardy Jaafar serta sayap kiri Indra Putra Mahayuddin.

Bagaimanapun pada babak pertama perlawanan gandingan Zaquan Adha dan Safee kelihatan tidak mempunyai persefahaman dengan beberapa peluang gol dilepaskan berpunca daripada kesilapan komunikasi kedua-dua pemain.

Gol pertama Malaysia dijaringkan Mohd Safee berpunca daripada gerakan satu-dua dengan Indraputra yang membawa bola daripada bahagian tengah padang, diikuti gol kedua menerusi sepakan sudut Indraputra pada minit ke-55 yang ditanduk masuk oleh Zaquan Adha untuk menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Pemain gantian, Nizaruddin Yusof menjaringkan gol ketiga Malaysia pada minit ke-74 yang berpunca daripada perebutan bola dalam kotak penalti Pakistan.

Tidak sampai lima minit kemudian, seorang lagi pemain gantian Mohd Khyril Muhymeen Zambri menanduk masuk sepakan sudut Mohd Hardy Jaafar pada minit ke-77.

Gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan oleh pemain gantian, Arif Mahmood pada minit ke-88 yang berjaya menanduk masuk hantaran lintang Sammar Ishaq.

Senarai pemain:

MALAYSIA: Mohd Helmi Eliza Alias, Mohd Hardy Jaafar, Mohd Fauzie Nan (diganti Mohd Daudsu Jamaluddin), Mohd Amirulhadi Zainal (Mohd Ashaari Samsuddin), Mohd Sukur Adan, Mohd Safee Mohd Sali (Nizaruddin Yusof), Indraputra Mahayuddin (Mohd Khyril Muhymeen Zambry), Mohd Zaquan Adha Ad Radzak (Hairuddin Omar), Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Norhafiz Zamani Misbah, Irwan Fadhli Idrus (Khaironnizam Sahabudin Husain)

PAKISTAN: Muhammad Bilal Rafique, Sammar Ishaq, Muhammad Imran, Nasrullah Khan, Muhammad Eassa, Muhammad Ahmad, Imran Niazi (Muhammad Qasim), Farooq Shah, Muhammad Rasool, Micheal Masih (Arif Mahmood), Yasir Sabir.

-- BERNAMA

 

Kami menyediakan langganan  
berita melalui perkhidmatan
Newswire.

 

Selayang FM

 

 

Selayang Chat Box

Guests are shown between [].

Only registered users are allowed to post

Latest News

Para Pemimpin Kristian Kecam Kejadian Membakar Surau

PETALING JAYA: Para pemimpin Kristian hari ini mengecam tindakan membakar dua buah surau di Muar dan menyifatkan tindakan tersebut hanya akan menghuru-harakan keadaan lagi.

Read more text
 
PM: Peruntukan RM500,000 bantu gereja Desa Melawati
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api semalam bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.
Read more text
 
Spesis Ulat Membiak Dalam Kepala

KEJADIAN yang berlaku ini biasanya didengar dalam mimpi-mimpi ngeri atau plot bagi filem-filem seram.

Seorang lelaki amat terkejut dan gempar bila mengetahui bahawa benjol-benjol berdarah yang tumbuh di kepalanya bukan berpunca daripada gigitan atau kayap, sebaliknya akibat dihurung ulat-ulat yang hidup membiak.

Read more text
 
Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din
There are no translations available.

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Read more text
 
Ajak ABG Kawin di Facebook
There are no translations available.

Seorang lelaki berusia 40 tahun dipenjara karena menghantar pesanan mengajak untuk menikahi pada gadis berusia 15 tahun di Facebook. Lelaki tersebut itu mengeluarkan kata kata rayuan agar gadis-gadis belia ingin diajak melakukan hubungan seks.
Read more text
 

Search

Banner
Banner
Banner

Live Support!


Powered By: Crafty Syntax

Support 1

Support 2

Support 3

 

 

Top 5:
Malaysia flag 58%Malaysia (11260)
Russian Federation flag 10%Russian Federation (1984)
United Kingdom flag 7%United Kingdom (1350)
United States flag 5%United States (1057)
China flag 2%China (377)
19437 visits from 108 countries

Your Info

IP Address
38.107.191.117
United States United States
Your Time
.
Banner
Banner
Banner
Banner