Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak kebangsaan malaysia kerana berjaya meraih emas setelah selama 20 tahun penantian dalam arena bolasepak sukan sea.
Kejayaan pasukan bolasepak kebangsaan kita disambut lebih 27 juta rakyat malaysia dengan kemenangan yang dinantikan. Pasukan bolasepak kebangsaan yang diketuai oleh K.Rajagobal menjadikan sejarah berulang sekali lagi.
Dengan segala kritikan demi kritikan maka K.Rajagobal telah berjaya membuktikan bahawa pasukan bolasepak kebangsaan kita masih lagi mampu untuk dikukuhkah. Malaysia berjaya mengalahkan Vietnam dengan jaringan 1-0 pada minit terakhir perlawanan.
Perjuangan pasukan bolesepak kebangsaan Malaysia di sukan sea ini amat getir dimana Malaysia sebelum ini telah mengalahkan Thailand 2-1 dan juga di peringkat separuh akhir bertemu dengan Laos 3-1 dan pertandingan akhir bertemu dengan Vietnam 1-0.
Emas untuk pasukan Bolasepak kebangsaan di sukan sea ini membuktikan K.Rajagobal mampu untuk mendidik anakbuahnya, dan dia telah membuktikannya. Tahniah untuk Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia !!








Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api semalam bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain. 











