Selayang Dot My

Wednesday
Mar 10th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

PM: Peruntukan RM500,000 bantu gereja Desa Melawati

E-mail Print PDF
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api semalam bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.

Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.

"Ini adalah sokongan kerajaan...ini adalah tanda keikhlasan kerajaan dan saya harap semua pihak akan bersikap tenang".

"Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan yang dialami oleh gereja itu dan pengumuman itu disambut dengan tepukan oleh ramai yang hadir.

Najib dengan diiringi beberapa orang menteri kabinet dan timbalan menteri menghabiskan masa 15 minit di tingkat bawah bangunan yang menempatkan gereja itu dan menyaksikan sendiri beberapa kemusnahan seperti peralatan pejabat, akibat lontaran bom api.

Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada ahli gereja serta penduduk setempat berebut-rebut untuk bersalaman dengan Perdana Menteri sebaik beliau selesai meninjau kerosakan di gereja itu selepas tiba di situ pukul 5 petang.

Najib berkata lawatan beliau ke tempat itu menunjukkan betapa kerajaan memandang serius insiden itu.

"Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini.

"Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."

Najib berkata ayat ini membawa pengertian bahawa apa-apa tindakan seperti memaki hamun, merosakkan apa-apa yang berkaitan dengan kepercayaan dan anutan agama lain adalah merupakan perkara-perkara yang ditegah dan dilarang oleh agama Islam.

Justeru perdana menteri berharap agar semua pihak tidak melakukan perkara yang ditegah itu.

"Supaya ianya melambangkan bukan sahaja kita sebagai umat Islam mesti merupakan umat yang terbaik tapi kita juga mesti menunjukkan kita adalah warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan ingin hidup dalam keadaan rukun serta aman damai dan harmoni di antara pelbagai kaum dan agama dalam negara kita," kata Perdana Menteri.

Ditanya tentang usaha kerajaan melakukan yang terbaik bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu ini, sedangkan ada pula pihak yang masih melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, Najib berkata pihak-pihak ini ada agenda politik.

"Ialah dia tuduh...ini orang kata spinning. Mereka cuba menuding jari kerana mereka ada agenda politik. Jadi saya mengutuk cara seperti ini sebab kita tak boleh mempolitikkan insiden atau perkara-perkara seperti ini. Kita mesti mengambil sikap bahawa kita mesti bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan dan untuk mencari penyelesaian terbaik," katanya.

itanya sama ada kerajaan akan turut memberikan peruntukan kepada gereja-gereja lain yang terlibat dalam serangan Najib berkata "Tempat ini (Gereja Metro Tabernacle) dulu kerana inilah tempat yang paling berat sekali (mengalami kerosakan)."

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut meninjau kerosakan gereja itu dan berkata, beliau percaya pihak yang sanggup melakukan perbuatan itu adalah mereka yang jahil tentang Islam dan sama sekali tidak melambangkan ajaran agama Islam yang sebenar.

"Ini bercanggah dengan ajaran agama Islam yang melarang umatnya mengganggu rumah ibadat agama lain seperti gereja semasa perang ataupun aman. Islam tidak mengajar begini (menyerang gereja) saya tidak tahu orang yang buat perkara seperti ini sembahyang atau tidak," katanya yang melawat gereja pada masa yang berasingan.

Justeru PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang hanya mencemar Islam dan merosakkan keharmonian antara agama di negara ini.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang turut melawat gereja itu berkata kejadian itu sama sekali tidak menggambarkan suara rakyat Malaysia, sebaliknya ia dilakukan oleh individu yang cuba mengambil kesempatan dari perselisihan pendapat yang berlaku antara penganut agama Islam dan Kristian.

"Dalam tempoh 24 jam kejadian itu berlaku, saya menerima pelbagai pendapat yang dihantar ke blog, Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari mereka yang beragama Islam dan bukan beragama Islam."

"Ini menunjukkan semua rakyat Malaysia inginkan keamanan dan kita tidak harus membiarkan kejadian ini merosakkan apa yang sudah kita bina bersama selama ini," katanya.

- Bernama
 

Selayang FM

 

 

Selayang Chat Box

Guests are shown between [].

Only registered users are allowed to post

Latest News

Para Pemimpin Kristian Kecam Kejadian Membakar Surau

PETALING JAYA: Para pemimpin Kristian hari ini mengecam tindakan membakar dua buah surau di Muar dan menyifatkan tindakan tersebut hanya akan menghuru-harakan keadaan lagi.

Read more text
 
PM: Peruntukan RM500,000 bantu gereja Desa Melawati
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api semalam bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.
Read more text
 
Spesis Ulat Membiak Dalam Kepala

KEJADIAN yang berlaku ini biasanya didengar dalam mimpi-mimpi ngeri atau plot bagi filem-filem seram.

Seorang lelaki amat terkejut dan gempar bila mengetahui bahawa benjol-benjol berdarah yang tumbuh di kepalanya bukan berpunca daripada gigitan atau kayap, sebaliknya akibat dihurung ulat-ulat yang hidup membiak.

Read more text
 
Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din
There are no translations available.

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Read more text
 
Ajak ABG Kawin di Facebook
There are no translations available.

Seorang lelaki berusia 40 tahun dipenjara karena menghantar pesanan mengajak untuk menikahi pada gadis berusia 15 tahun di Facebook. Lelaki tersebut itu mengeluarkan kata kata rayuan agar gadis-gadis belia ingin diajak melakukan hubungan seks.
Read more text
 

Search

Banner
Banner
Banner

Live Support!


Powered By: Crafty Syntax

Support 1

Support 2

Support 3

 

 

Top 5:
Malaysia flag 58%Malaysia (11208)
Russian Federation flag 10%Russian Federation (1981)
United Kingdom flag 7%United Kingdom (1348)
United States flag 5%United States (1055)
China flag 2%China (377)
19331 visits from 108 countries

Your Info

IP Address
38.107.191.119
United States United States
Your Time
.
Banner
Banner
Banner
Banner