Selayang Dot My

Tuesday
Sep 07th
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Empat pereka jahit baju pengantin Linda, Que

E-mail Print PDF
There are no translations available.

JIKA melihat kepada perkahwinan Mawi dan Ekin baru-baru ini serta majlis resepsi di sebelah pihak pengantin lelaki di Felda Taib Andak, Kulai semalam, semuanya serba-serbi tampak mewah dengan penaja tersohor.

Pada 14 Februari depan, seorang lagi anak kelahiran Felda Taib Andak, pelakon Que Haidar bakal menaiki pelamin bersama permaisuri hatinya, koreografer Linda Jasmine.

Pasangan yang mengumumkan berita tersebut secara langsung di dalam rancangan Gala TV oleh Astro Awani (saluran 501) pada 13 Disember lalu ini dijangka akan melangsungkan pernikahan di Restoran Bora Ombak, Ampang selepas solat Asar.

Selepas majlis penikahan tersebut, Que dan Linda akan menjalani majlis resepsi perkahwinan di restoran yang sama pada sebelah malamnya.

Kedua bakal mempelai ini juga berkata, setakat ini mereka sudah menyiapkan hampir 20 peratus persiapan perkahwinan dari urusan pernikahan di pejabat agama hinggalah ke perbincangan dengan pihak-pihak yang menguruskan majlis perkahwinan mereka nanti.

Yang menariknya, pakaian pengantin untuk majlis nikah dan resepsi kedua-duanya akan dijahit oleh empat pereka fesyen menggunakan fabrik dari Jakel.

Empat pereka tersebut adalah Datin Sharifah Kirana, Saiful Bahrin, Calvin Thoo dan Lord’s Tailor.

Untuk majlis nikah, pasangan ini akan mengenakan pakaian pengantin berwarna putih manakala ketika bersanding mereka berkemungkinan memakai warna pink.

Sementara untuk upacara memotong kek, pasangan yang telah berkenalan selama enam tahun ini dijangka akan menyarungkan busana pengantin berwarna putih.

Kemudian, pasangan ini akan mengenakan baju tradisional pengantin berwarna emas semasa majlis resepsi perkahwinan kedua di Felda Taib Andak, Kulai pada 15 Mac depan.

Bagaimanapun, mereka menafikan harga sepasang pakaian pengantin dikatakan mencecah RM12,000 seperti yang diuar-uarkan oleh akhbar tempatan semalam.

“Mana ada. Jumlah tu tak betul. Kalau nak kata jumlah semua pakaian, mungkinlah kot. Kalau boleh saya tak nak sebut tentang harga sebab tak nak nanti dilabel suka menunjuk-nunjuk pula,” kata Linda, 36, ketika ditemui bersama Que Haidar di Kemuncak Sehati Berdansa 2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu.

Walaupun menghadapi kekangan masa, Que dan Linda cuba mencari masa terluang untuk berjumpa dengan pihak tertentu agar segala persiapan dapat dijalankan dengan sempurna.

Que sibuk dengan lakonannya manakala masa Linda pula padat dengan urusannya di Linda Jasmine Performing Arts Studio, Ampang dan program Sehati Berdansa 2 yang baru berlalu itu.

“Banyak yang belum dibuat dan semuanya dirasakan masih kelam-kabut kerana tiada banyak masa.

“Dalam masa saya nak uruskan persiapan, keluarga saya datang dari Amerika Syarikat untuk menyambut ulang tahun ibu bapa saya ke-50 di sini. Saya pula ditugaskan untuk membuat majlis tersebut.

“Ditambah pula dengan program Sehati Berdansa di mana saya perlu ke Astro, Bukit Jalil setiap dua minggu serta aktiviti dan urusan saya di studio lagi.

“Saya rasa memang stres kerana banyak perkara yang nak difikirkan dan perlu dibuat. Hanya Allah yang tahu. Nasib baiklah ada orang yang sudi menolong,” beritahu ibu tunggal kepada Qalif Khan, 8, ini yang kelihatan anggun pada malam itu.

Tambah Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 29: “Kami masih mengadakan mesyuarat dan perlu berjumpa dengan empat pereka pakaian kami serta Jakel.

“Nak kumpul mereka ini bukannya senang. Saya nak berjumpa dengan Linda pun susah, inikan pula kami hendak berjumpa dengan semua pihak yang terlibat.

“Pada bulan depan, saya akan sibuk dengan promosi filem Maut yang ditayangkan di pawagam.

“Memikirkan tentang kerja dan kahwin dalam satu-satu masa itu membuatkan saya kelam-kabut. Jadi, saya kena susun dan rancang kerja ini dengan betul-betul.”

Selain itu, Linda dan Que berkata mereka sudah menjalani ujian HIV serta mengisi borang-borang pernikahan.

Que pula telah menghadiri kursus kahwin di Bandar Tenggara, Johor seminggu sebelum pengumuman perkahwinan mereka.

Pelakon yang baru menyelesaikan pengambaran telefilem Sinar Senja untuk RTM ini turut menafikan yang dia dan bakal isterinya itu mengelak untuk mengadakan sesi fotografi bersama media.

“Saya bukan sengaja nak mengelak tetapi kami belum ada masa yang sesuai untuk mengadakan sesi fotografi bersama kerana sibuk dengan komitmen masing-masing.

“Setakat ini, Linda sudah mengadakan sesi fotografi seorang diri tanpa saya. Kami belum mempunyai masa terluang yang sama untuk buat sesi fotografi sekali,” ujar Que yang banyak menerima ucapan tahniah dan respons yang baik daripada orang lain selepas pengumuman perkahwinan tersebut.

Que juga menambah, mereka berdua dijangka bakal sibuk dengan karier seni masing-masing selepas majlis perkahwinan pada 14 Februari nanti.

“Saya rasa mungkin masing-masing akan sibuk dengan karier sebab apa yang saya nampak selepas nikah nanti, Linda akan sibuk dengan sebuah program tv manakala saya pula akan mula memasuki pengambaran filem terbaru.

“Insya-Allah, kami juga akan berbulan madu selepas menyelesaikan semua kerja yang perlu diselesaikan,” jelas Que sambil tersenyum.

Pilih konsep Garden-Balinese

Menurut Linda, dia mengimpikan majlis perkahwinan berkonsepkan Garden-Balinese dan seperti yang diimpikan, mereka berkemungkinan akan mengikut konsep tersebut dengan majlis berbentuk ‘outdoor’.

Dalam majlis pernikahan tersebut, Linda akan menerima hantaran berupa sejumlah mas kahwin, sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran tanpa wang hantaran manakala Linda akan membalas dengan sebentuk cincin kepada Que.

Mengenai jemputan, Linda berkata majlis akad nikah itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.

“Kalau boleh hati saya terbuka untuk semua orang datang tetapi kita tak boleh puaskan hati semua orang,” luah Linda.

Selepas itu, majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Mac tahun depan di Padang Awam, Felda Taib Andak, Kulai.

Last Updated ( Friday, 02 January 2009 23:12 )  

 

Selayang FM

Selayang FM

PERMINTAAN LAGU PILIHAN ANDA
--||| Muzik Pilihan Anda |||--

SelayangFM


Latest News

Pengguna tertipu telefon tiruan

Handphone Tiruan


 

 

 

 

 

 KUALA KUBU BHARU – Jualan murah setiap hari, dijamin asli, waranti sehingga dua tahun, jaminan pemulangan semula barangan sekiranya rosak serta pemberian aksesori lengkap antara tawaran hebat yang mengaburi mata setiap pembeli.

Tawaran inilah yang menyebabkan ramai di antara pengguna telefon bimbit mengalami kerugian selain terpaksa berputih mata.

Read more text
 
Mahasiswa beri informasi situasi Gaza
 

 

Gaza

 

BATU 6 – Lebih 100 mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak menyertai konvoi Viva Gaza yang bermula di Masjid As-Syakirin di sini kelmarin.

Pengarah Program Institut Pengajian Tinggi (IPT), Muain Ahmad Syukri berkata, bukan hanya UIAM menyertai konvoi itu malah lebih lima IPT di seluruh negara menyertai program ini dan kemuncak perhimpunan itu diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.

Read more text
 
Wong fei hung
22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Mazrina Mohd Mokhtar

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Read more text
 
Para Pemimpin Kristian Kecam Kejadian Membakar Surau

PETALING JAYA: Para pemimpin Kristian hari ini mengecam tindakan membakar dua buah surau di Muar dan menyifatkan tindakan tersebut hanya akan menghuru-harakan keadaan lagi.

Read more text
 
PM: Peruntukan RM500,000 bantu gereja Desa Melawati
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api semalam bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.
Read more text
 

Search

Banner
Banner
Banner

Live Support!


Powered By: Crafty Syntax

Support 1

Support 2

Support 3

 

 

Top 5:
Malaysia flag 56%Malaysia (15444)
Russian Federation flag 12%Russian Federation (3193)
United States flag 6%United States (1523)
United Kingdom flag 5%United Kingdom (1442)
China flag 3%China (955)
27650 visits from 112 countries

Your Info

IP Address
38.107.191.117
United States United States
Your Time
.
Banner
Banner
Banner
Banner